Terkadang aku selalu memikirkan di mana letaknya aku nanti di dunia yang sana. Adakah aku akan menjadi salah seorang yang beruntung atau pun salah seorang yang bakal menerima akibat atas segala perbuatanku selama ini. Namun apa yang pasti tidak kira apa pun yang terjadi, aku telah mensedekahkan segala amalanku kepada kedua ibu bapaku.
Aku tak sanggup melihat kedua mereka berada di dalam seksaan di dunia sana. Biarlah aku seorang yang menanggung semuanya asalkan mereka bahagia dan terlepas dari seksaan kerana di dunia ini mereka telah banyak menderita menyara kehidupanku. Biarlah di dunia sana mereka akan mengecap bahagia dan merasa gembira.
Baru-baru ini abang yang aku sayangi telah pergi mengadap Ilahi. Pada mulanya aku tidak redha dengan apa yang berlaku tapi kini aku merelakan permergian beliau kerana beliau sudah lama terseksa di dunia ini dan tidak pernah menengecap bahagia. Biarlah dia merasa tenang di sana. Namun perjuanganku di sini belum lagi selesai. Masih ada lagi perhitungan yang harus aku tamatkan. Madah mungkin merupakan satu perkara yang mudah dilakukan namun mengotakannya mungkin mengambil sedikit waktu.
Perkara yang sukar untuk aku terima adalah pemergian orang yang aku baru hendak merapatkan diri dan dengan cara yang dilakukan oleh mertua dia sekeluarga terhadap dirinya merupakan suatu perkara yang akan tersemat di hati dan sanubariku buat waktu yang lama. Permulaan semester aku sangat tidak memberansangkan manakala penutup semesterku merupakan yang paling dahsat dan paling mengejutkan.
Cara Dia menguji kita didatangkan dalam pelbagai cara. Mungkin ini adalah salah satu dari padanya. Dia menguji kita untuk menguatkan kita tapi antara kita yang berdengki dan berdendam apa pula natijahnya? Adakah ianya juga satu ujian yang ditetapkan olehnya? Bagaimana pula dengan yang memulakannya sampai ke akhirnya tiada berkesudahan, di mana rasional hidup mereka? Setiap permulaan pasti ada pengakhiran bukan? Mungkin inilah jalan yang sepatutnya ... jalan pengakhiran buat mereka!
Al-Fatihah for both of them
ReplyDelete